文章

Layu - Malique-歌词

Layu - Malique

Written by:Malique & D/Malique & T

Sesungguhnya

Tidak ada yang lebih menyayat

Dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan

Dari membiarkan bangsaku dihina

Aku lihat layu dalam melayu

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak

Ada juga bercadang bertanya tuan punya

Tapi bercampur risau dengan tak tergamak

Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri

Jadi aku menyendiri memerhati dan akhirnya mengakui

Yang kita sendiri

Membiarkan bunga raya melayu ke kanan

Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam melayu

Tanah air kita yang punya

Kita siram kita baja tapi angin api kita lupa

Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa

Kita lupa nenek moyang kaya raya

Jangan sekali kali digadai harta bendanya

Ku lihat layu dalam melayu

Ku lihat layu dalam melayu

Ku lihat layu dalam melayu

Takkan melayu hilang di dunia

Ya tapi apa guna tak hilang di dunia

Kalau kewujudan tidak dirasa

Petah berbahasa kudrat tak berjasa

Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila dirapat

Selalu malu bila soalan diaju

Selalu segan memberi pendapat

Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak

Suka berjanji dalam borak

Bukan kata tak ada otak

Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam melayu

Ku lihat layu dalam melayu

Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu

Bunga menangis dia mendayu

Mahu jadi cantik tetapi ragu

Aku merayu

Bangunlah semula hidup kembali

Jangan tunggu matahari mati

Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah

Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya

  • 《Ok - Malique-歌词》

    Ok - MaliqueWritten by:Dj Fuzz/Ma/Malique & CMata dalam kaca topi bercelorengKuda atas puting ralph lauren orenTukar lacoste hitam hati buayaWalaupn tak kaya haru...

  • 《Mentera Beradu - Malique-歌词》

    Mentera Beradu - MaliqueWritten by:Malique & D/MaliqueMasih belum sempurnaBismillahi Rahmanir RahimGerakkan hati hati gerakkanPandanglah aku aku lah diaKul...

  • 《Malique-歌词》

    MaliqueVvs yall, vvs1Vvs yall, vvs1Vvs, siapa vvs1?Kalau bukan aku siapa vvs1Vvs yall, vvs1Vvs yall, vvs1Vvs, siapa vvs1?Kalau bukan aku siap...

  • 《Dalam Aku Ada Hantu - Malique-歌词》

    Dalam Aku Ada Hantu - MaliqueWritten by:Shahdan AhmDisini ada pestaDisini ada pestaDatang tak diundang pulang tak di hantarDalam aku ada hantuDatang tak di...

  • 《Assalamualaikum - Malique-歌词》

    Assalamualaikum - MaliqueWritten by:Malique/D'Rap rythm and poetryTerjemahannya ritma atas puisiJurucakap institusi intuisiBerjasa pada semua mcm pensil 2 b...

版权所有©四级英语单词   网站地图 陇ICP备2023000160号-4