Teman Pengganti - Black/Malique/Rj
Written by:Malique
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik juga bila mimpi
Aku nampak kau tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas ditindas sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami dalami dan mengalami
Setia mendengar sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Dia yang sempurna
Dia yang sempurna
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung berkurung
Tubuh makin susut menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas nak bergerak nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas katil dah ku rapi
Cincin kunci dompet dalam laci
Ada sikit wang itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
환청 - 张才人 (장재인)/NaShow (나쑈) 词: Mafly/나쑈 曲:ZigZagNote 编曲:ZigZagNote 내 안에 숨은 것들이 말이야我内心中隐藏的东西날 참 많이 변하게 했잖아让我彻底改变...
행복한 사람 - 기태영 (奇太映)/제이환 (J-Hwan) 词:Ki Taeyoung/Seo Yisung/Park Yoonsu/J-hwan 曲:Seo Yisung 기억이 내 기억이 또 사랑이 내 사랑이,记忆 我的记忆 爱情 我的爱情햇살 가득한 오후...
행복한 사람 (Inst.) - Mighty Mouth/엔느 너와 나 둘이서 함께라면你和我两个一起的话그것만으로도 충분해仅是那些也觉得充分랄랄랄랄라 아주 긴(긴) 기다림의 끝에在长期等待的尽头만난 잃어버렸던 설레임相...
행복을 주는 사람 - 한석규 (韩石圭)/이제훈 (李济勋) 내가 가는 길이 험하고 멀지라도即使我走的路艰难而遥远그대 함께 간다면 좋겠네如能有你相伴就好了우리 가는 길에 아침 햇살 비치면如果早晨的阳光映照着我们走的路행복하다고 말해 주겠네我会告诉你...
팔도 유람 가세 (游览全国各地) - 장숙정 (张淑静)/세신팔도유람 둘이서 간다그대의 손을 잡고여행을 간다면어디든 못 떠나겠소당신이 원한다면무작정 가겠소비가 온대도눈이 온대도백두산도 한라산도땅끝까지라 해도돈 없어도 걸...